awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video kibar Jalur Gemilang bersama bendera Israel

Bernama
Bernama
01/12/2022
05:14 MYT
Polis siasat video kibar Jalur Gemilang bersama bendera Israel
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang tular dalam media sosial.
KUALA LUMPUR: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang tular dalam media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan dilakukan susulan laporan yang diterima daripada seorang lelaki warga tempatan Selasa lepas setelah melihat video yang berdurasi 47 saat itu.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lepas ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel, dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan.
"Semasa lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan sambil bendera Malaysia dikibarkan. Video ini dipercayai ditularkan semula untuk dikaitkan dengan isu Israel yang sedang panas sekarang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Ku Mashariman turut menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta menyebarkan video berkenaan di mana-mana platform bagi mengelakkan apa-apa spekulasi dan provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Jalur Gemilang
#bendera Israel
#lagu Negaraku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan