GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir, dekat sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis negeri itu susulan video yang tular di media sosial sejak semalam.
"Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez dan rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.
"Pihak Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi klip video itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.
Paparan video berkenaan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Tangkap layar video tular dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

AWANI Ringkas: Harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC laksana program kesedaran dan latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

'Mana ada kem, satu kem saja dalam UMNO' - Ismail Sabri nafi dakwaan parti berpecah
Ia susulan pandangan penganalisis politik yang mendakwa pendedahan Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Kerja baik pulih struktur ban berdekatan Tasik Black Water telah dilaksanakan
Tindakan diambil bagi mengelakkan aliran efluen kehitaman dari kolam mengalir masuk ke alur berhampiran Sungai Perimbun.

Kertas siasatan kanak-kanak dilanggar bas sekolah dirujuk ke DPP masa terdekat
Kertas siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 379 kertas siasatan dan menahan 425 individu setakat April tahun ini. K

Polis buka kertas siasatan kes video tular layanan pemilik penginapan di Taiping
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Polis siasat video tular anggota trafik didakwa iring kenderaan anak MP
Kertas siasatan tatatertib telah dibuka ke atas dua anggota polis negeri itu susulan video yang tular di media sosial sejak semalam.

Kuari runtuh: Lengkapkan kertas siasatan, isytihar kematian - Ketua Polis Perak
Setelah kertas siasatan lengkap dan dibawa kepada pihak koroner, proses bagi mengeluarkan sijil kematian dapat dilakukan.

Kes Macau Scam di N.Sembilan meningkat, catat kerugian lebih RM4 juta
Kes tersebut menunjukkan peningkatan 336 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 33 kertas siasatan dibuka.

Kertas siasatan kes mayat wanita dalam gaung diserahkan kepada TPR
Reman ke atas lelaki berusia 41 tahun dan wanita berusia 18 tahun dilanjut hingga 16 April manakala seorang lelaki lagi hingga esok.

Kanak-kanak pamer aksi bahaya: Siasatan selesai - Polis Perak
Kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Kes pelanggaran bot: JLM tunggu keputusan pendakwa raya
Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya selepas pihaknya selesai menjalankan siasatan.