awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura jelaskan bantuan kepada PDRM berhubung 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2022
06:02 MYT
Polis Singapura jelaskan bantuan kepada PDRM berhubung 1MDB
Polis Singapura berkata pihaknya telah memberi kerjasama kepada PDRM dengan setiap permohonan yang dibuat berhubung siasatan 1MDB, termasuk siasatan berhubung Datuk Tawfiq Ayman.
KUALA LUMPUR: Polis Singapura berkata pihaknya telah memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan setiap permohonan yang dibuat berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk siasatan berhubung Datuk Tawfiq Ayman.
Antara permohonan yang dibuat termasuk mengaturkan lawatan PDRM ke republik tersebut untuk siasatan lanjut.
“Polis ingin menjelaskan bahawa semua permohonan untuk bantuan daripada PDRM telah ditangani dengan segera, dan kami telah memudahkannya,” menurut kenyataan oleh pihak polis republik itu pada Ahad.
Berdasarkan kenyataan itu, PDRM membuat permohonan untuk melawat ke Singapura bagi menjalankan siasatan lanjut ke atas Tawfiq pada 2 Disember 2021.
Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) polis Singapura bersetuju dengan permohonan itu pada 6 Disember 2021 dan mencadangkan beberapa tarikh untuk lawatan berkenaan serta persiapan bagi mematuhi sekatan sempadan akibat COVID-19.
Selepas berkomunikasi beberapa kali, kali terakhir CAD menghubungi PDRM adalah pada 10 Januari 2022 untuk mencadangkan lawatan diadakan antara 8 dan 9 Februari.
PDRM kemudian membalas cadangan itu pada 8 Mac lalu, untuk memohon supaya dibenarkan melawat Singapura antara pertengahan dan hujung bulan Mac.
“Singapura telah memudahkan siasatan Malaysia berhubung 1MDB dalam pelbagai cara lain sejak 2015, termasuk memulangkan kira-kira S$88 juta wang rampasan berkaitan 1MDB kepada kerajaan Malaysia,” tambah kenyataan itu.
Polis Singapura berkata, pihaknya akan terus memudahkan permohonan untuk bantuan selaras dengan undang-undang republik itu.
Topic Berkaitan
#Singapura
#1MDB
#polis
#Tawfiq Ayman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan