KUALA LUMPUR: Polis menerima sejumlah 683 kes berkaitan pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan menahan seramai 801 along sejak Januari hingga Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata semua laporan yang diterima membabitkan pinjaman berjumlah RM2.92 juta.
Beliau berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan dan punca pendapatan sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada along tanpa memikirkan kesannya.
"JSJK sentiasa membuat pemantauan dan risikan secara berterusan bagi mengesan serta mengenal pasti sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang bergerak aktif di seluruh negara," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata JSJK Bukit Aman telah menahan 11 lelaki dan tiga wanita tempatan berumur lingkungan 15 hingga 34 tahun di daerah Johor Bahru Utara, Johor Bahru Selatan dan Iskandar Puteri di Johor menerusi operasi 'vulture' pada Selasa lepas.
Katanya mereka terdiri daripada dua sindiket iaitu kumpulan Ah Han dan Ah Sing yang disyaki terlibat dalam aktiviti along menyasarkan golongan peniaga, kakitangan kerajaan serta swasta sebagai mangsa.
Mohd Kamarudin berkata kumpulan itu dipercayai beroperasi kira-kira setahun hingga dua tahun lepas sejak pertengahan 2019 dengan modus operandi menawarkan pinjaman wang di laman media sosial iaitu Facebook serta aplikasi sembang maya seperti WeChat dan WhatsApp dengan kadar faedah 10 hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu.
"Apabila peminjam gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman, mangsa akan dihubungi oleh ahli sindiket melalui telefon dengan memberikan tekanan berbentuk ugutan dan ancaman seperti mengunjungi kediaman dan tempat kerja untuk melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan kekerasan jenayah ke atas harta benda milik peminjam," katanya.
Beliau berkata ahli sindiket terbabit juga berpakat untuk menghubungi peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman dengan menawarkan pinjaman baharu bagi menyelesaikan pinjaman terdahulu.
"Ini bagi membolehkan ahli sindiket meneruskan kontak dengan peminjam untuk memaksa peminjam membuat bayaran berlipat ganda menerusi faedah yang dikenakan secara berterusan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata semua laporan yang diterima membabitkan pinjaman berjumlah RM2.92 juta. - Foto BERNAMA
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis tahan lelaki dalam pesawat dipercayai terlibat kegiatan along
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.