awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Polis tahan dua keldai akaun sindiket penipuan

Bernama
Bernama
10/03/2023
12:14 MYT
Polis tahan dua keldai akaun sindiket penipuan
Lelaki berusia 57 tahun dan wanita berumur 51 tahun itu ditahan secara berasingan di Lumut dan Tronoh, Perak dua hari lepas. - Foto Astro AWANI
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan iaitu perkhidmatan pembersihan dan pelaburan Forex tidak wujud yang diiklankan melalui laman sosial Facebook.
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 57 tahun dan wanita berumur 51 tahun itu ditahan secara berasingan di Lumut dan Tronoh, Perak dua hari lepas hasil maklumat dan risikan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya.
Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua mereka dipercayai terlibat dalam kes tahun lepas yang membabitkan kerugian RM25,913 hingga RM32,680 dan mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan, yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.
Sementara itu kenyataan sama memaklumkan polis menahan enam lelaki berusia 20-an dan menyita enam motosikal dalam operai Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan tumpuan mat rempit serta lumba haram, di daerah barat daya Pulau Pinang.
Katanya dalam operasi bermula 9 malam tadi hingga 2 pagi tadi itu, pihak polis turut mengeluarkan lapan saman kepada penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#motosikal
#pelaburan
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.