awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema 'mogok', berang ditawar kontrak pelik
Bidaan siri nombor plat "FH" dibuka Ahad ini - JPJ
Malaysia terus mainkan peranan aktif terajui proses rundingan COC - Menteri Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki antara pengedar dadah terbesar di Terengganu

Bernama
Bernama
23/06/2019
10:12 MYT
Polis tahan dua lelaki antara pengedar dadah terbesar di Terengganu
Datuk Aidi Ismail (tengah) bersama para anggotanya menunjukkan dadah jenis syabu, pil kuda dan kodein bernilai hampir RM100,000 yang dirampas dalam dua operasi berasingan pada 19 dan 20 Jun lalu. - Bernama
Polis menahan dua lelaki dipercayai antara pengedar dadah terbesar di Terengganu dalam dua serbuan berasingan, melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM100,000.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata tangkapan pertama melibatkan seorang pembantu kedai runcit berusia 25 tahun di garaj sebuah rumah di Jalan Kubang Buyong di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu lepas.
Beliau berkata tangkapan kedua pula membabitkan seorang penganggur, berusia 22 tahun, di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Titian Baru, kira-kira pukul 1.00 pagi Khamis, yang menyaksikan polis merampas syabu seberat satu kilogram, pil kuda (400 gram) dan kodein (1.5 liter); rampasan terbesar di Terengganu, setakat tahun ini.
"Serbuan ini dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh pegawai serta anggota kita yang menjalankan penyamaran bagi memerangkap suspek.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua kes mempunyai kaitan dan kita percaya siasatan selanjutnya akan membawa kepada lebih banyak tangkapan selepas ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Aidi berkata ujian air kencing mendapati suspek pertama negatif dadah, manakala suspek kedua positif dadah jenis methamphetamine.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek pertama tidak memiliki rekod jenayah lampau, sementara suspek kedua mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah pada 2017 dan 2018.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidi Ismail
#PDRM
#pengedar dadah
#polis
#rampasan dadah
#serbuan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan