awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki bersama bahan berkaitan Chin Peng

Bernama
Bernama
24/09/2013
23:30 MYT
Polis tahan dua lelaki bersama bahan berkaitan Chin Peng
Polis Pulau Pinang menahan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan dipercayai bergelar Datuk Seri dan seorang rakyat Hong Kong kerana disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis Chin Peng, di sini malam Selasa.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil pemeriksaan ke atas bagasi mereka, polis menemui 13 buku berkaitan komunis selain 11 cendera hati dan lapan DVD bertemakan Chin Peng selain gambar mendiang Chin Peng.
Suspek warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berumur 59 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.
"Mereka dipercayai membawa bahan yang mungkin untuk kegunaan sendiri atau edaran. Buku itu menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Cina," katanya kepada pemberita.
Difahamkan kedua-dua lelaki itu tiba dengan penerbangan komersial dari Bangkok dan ditahan kira-kira 10.30 malam di balai ketibaan selepas 30 minit pesawat mendarat.
Kepada satu pertanyaan, Abdul Rahim berkata polis tidak menjumpai abu mayat mendiang Chin Peng dalam bagasi yang diperiksa.
Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
Chin Peng, 89, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok minggu lepas akibat sakit tua.
Topic Berkaitan
#Cenderahati
#Chin Peng
#komunis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan