awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki curi kabel ECRL

Bernama
Bernama
12/09/2025
07:50 MYT
Polis tahan dua lelaki curi kabel ECRL
Suspek berusia 34 dan 41 tahun berasal dari Mentakab serta Bentong ditahan di Temerloh. - Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai peralatan serta kabel tembaga dipercayai dicuri dari jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam serbuan di Temerloh pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata suspek berusia 34 dan 41 tahun berasal dari Mentakab serta Bentong ditahan pada 6.30 petang.
"Suspek pertama merupakan penganggur dan mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik manakala seorang lagi bekerja sendiri memiliki lima rekod jenayah lampau.
"Mereka didapati negatif dadah selepas ujian saringan awal dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazlan berkata antara barangan dirampas ialah lima guni berisi kabel tembaga dipotong, satu gulung kabel tembaga, seunit pemotong kabel, beg, lampu kepala, sarung tangan dan pelbagai peralatan elektrik termasuk grinder serta bateri.
Semalam, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) memaklumkan kabel sepanjang 1,080 meter di jajaran Temerloh dan Lanchang serta 599 meter di jajaran Lanchang dan Bentong dicuri dalam tempoh hanya dua minggu.
CCCECRL memaklumkan kejadian itu menyebabkan kerosakan serius terhadap infrastruktur rel dan berpotensi menjejaskan jadual penyiapan projek nasional tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi kabel
#ECRL
#temerloh
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan