awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
UMNO cadang pembentukan gabungan besar parti Melayu Islam - Ahmad Zahid
MyDigital ID sasar 15 juta pendaftaran baharu tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki curi motosikal di Kepala Batas

Bernama
Bernama
03/12/2025
01:50 MYT
Polis tahan dua lelaki curi motosikal di Kepala Batas
Perbuatan kedua-dua suspek berjaya dirakam CCTV di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
KEPALA BATAS: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di Flat Mekarsari, di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata seorang lelaki tempatan telah membuat laporan pada 11.30 pagi memaklumkan motosikal jenis Honda EX5 milik adiknya yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan itu di flat berkenaan telah dicuri.
"Berdasarkan siasatan, motosikal tersebut didapati ditinggalkan dalam keadaan berkunci pada suis utama, namun tiada sebarang kunci tambahan digunakan, manakala cukai jalan dan insurans juga didapati telah tamat tempoh.
"Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit dan berdasarkan rakaman yang diperoleh, kejadian dilakukan oleh lelaki warganegara tempatan," katanya dalam kenyataan malam tadi
Beliau berkata hasil maklumat dan risikan polis telah berjaya menahan dua lelaki berumur 25 dan 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.
Menurut Anuar, semakan mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod lampau sementara saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Butterworth pagi ini untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal
#Kepala Batas
#curi motosikal
#Flat Mekarsari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan