awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki terbabit kejadian samun kedai serbaneka

Bernama
Bernama
27/12/2022
07:17 MYT
Polis tahan dua lelaki terbabit kejadian samun kedai serbaneka
Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan. - Sinar Harian
TELUK INTAN: Tidak sampai 24 jam selepas menerima laporan mengenai kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Ahad lepas, polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit di sebuah taman perumahan di Teluk Intan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1 pagi semalam selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.
"Suspek cuba menyamun wang tunai namun gagal, dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit milik wanita berkenaan yang bernilai RM500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
"Kes ini berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada tempoh 24 jam dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#Teluk Intan
#parang
#Kedai Serbaneka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan