awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum

Bernama
Bernama
23/11/2024
14:15 MYT
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum. - Foto IPD Ipoh
IPOH: Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya dekat sini kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 42 tahun ditahan kira-kira 12.10 tengah malam semalam.
Beliau berkata pihaknya merampas sepuluh tong ais mengandungi 3,000 bungkusan air ketum yang dianggarkan seberat 900 liter, 35 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 350 kilogram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM41,000.
"Hasil ujian air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis amphetamina dan methamphetamine manakala hanya dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata berdasarkan siasatan sindiket itu dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran air ketum sejak dua tahun lepas.
Beliau berkata air ketum yang dirampas boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,000 penagih ketum dan bekalan itu adalah untuk pasaran sekitar kawasan Ipoh.
Kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#sindiket jual air ketum
#Taman Pakatan Jaya
#Polis Daerah Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan