awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum

Bernama
Bernama
09/12/2022
22:50 MYT
Polis tahan enam lelaki proses, jual air ketum
Hasil pemeriksaan telah menemukan 30,050 mililiter (ml) disyaki air ketum dan 500 ml ubat batuk bersama mereka. - Foto Facebook/Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya
BALIK PULAU: Dua sindiket memproses dan menjual air ketum tumpas susulan penahanan dua lelaki bersama air serta daun ketum dalam dua serbuan di Teluk Kumbar, di sini pada Khamis.
Menurut kenyataan dari Ibu Pejabat Polis daerah Barat Daya, enam lelaki berusia 23 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan hasil risikan dan intipan sejak seminggu lepas.
"Dalam serbuan pertama, polis telah menangkap empat lelaki di sebuah pondok tepi laut di Kampung Nelayan, hasil pemeriksaan telah menemukan 30,050 mililiter (ml) disyaki air ketum dan 500 ml ubat batuk bersama mereka.
"Polis turut merampas wang tunai RM950 disyaki hasil jualan air ketum dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan sindiket itu memproses sendiri air ketum sebelum menjual kepada pelanggan mereka di sekitar kawasan tersebut," menurut kenyataan itu.
Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Pintasan Pasir Belada, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemukan 50 kilogram daun ketum dan 2,000 ml air ketum serta pelbagai peralatan untuk memproses air ketum.
Kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Sementara itu dalam perkembangan lain, polis menahan tiga penunggang motosikal berusia 20-an dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Bayan Baru bermula 10 malam semalam hingga 3 pagi tadi.
"Hasil pemerhatian polis, terdapat kumpulan motosikal yang menunggang secara menduga kelajuan dan jelas berbahaya kepada diri mereka dan pengguna jalan raya lain sebelum menahan tiga lelaki tersebut," menurut kenyataan itu.
Polis telah menyita tiga buah motosikal ditunggang tiga lelaki tersebut dan 10 saman turut dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan .
"Tiga lelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan Polis Daerah Barat Daya sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan samseng jalanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air ketum
#teluk kumbar
#sindiket
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan