awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut terjatuh di Selayang

Bernama
Bernama
18/11/2021
01:35 MYT
Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut terjatuh di Selayang
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, seorang kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan, kali ini dari tingkat 16
TONTON: Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 16
Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892.
Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak jatuh bangunan
#kanak-kanak maut
#ibu saudara
#Zainal Mohamed Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan