Polis menahan ibu tiri kanak-kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook kira-kira pukul 10 malam semalam, di Taman Meru Indah, Klang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md Isa berkata wanita berkenaan ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah kenyataannya direkod.
"Wanita berusia 20 tahun itu merupakan individu yang merekod klip video ketika mangsa dikasari oleh suspek, yang turut berada bersama suspek dan mangsa ketika kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Rusdi berkata polis telah memanggil dan mengambil kenyataan ibu kandung mangsa, berumur 29 tahun yang merupakan isteri tidak berdaftar suspek, berhubung kes itu.
Beliau berkata sehingga kini, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan.
Katanya, kes penderaan kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian mula tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak semalam.
Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun, bapa tiri kepada mangsa di rumahnya di Taman Mas, Kapar di Klang selepas menerima laporan seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu.
Ketika serbuan, suspek yang bekerja sebagai mekanik berada bersama kanak-kanak yang dikatakan didera itu.
Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dan didapati mempunyai kesan kecederaan dipercayai akibat penderaan serta kini diletak di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan suspek ditahan reman sehingga 15 Dis.
Kes penderaan itu hangat diperkatakan selepas klip video lapan minit dan 33 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju biru, berseluar jeans menampar, membaling serta menyepak seorang kanak-kanak yang menangis teresak-esak dimuat naik ke laman Facebook.
Bernama
Thu Dec 13 2012
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Polis tahan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera
Polis menahan ibu tiri kanak-kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook.