awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong

Bernama
Bernama
02/05/2024
08:30 MYT
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Polis berkata, modus operandi kumpulan terbabit adalah menyasarkan kawasan tumpuan pelancong untuk melakukan kegiatan jenayah mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Habibi Majinji berkata mereka yang ditahan di bawah Ops Rentap Trio itu terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30-an dan polis turut menyita 10 motosikal serta merampas pelbagai barangan antaranya helmet, pakaian dan rim motosikal.
Beliau berkata dua lelaki dan seorang wanita ditahan pada 28 Mac di sebuah rumah tumpangan di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan manakala suspek lain ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada Isnin lepas.
"Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam 40 kes samun dan ragut, dan lima kes curi motosikal dan bergiat aktif di sekitar ibu negara, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.
"Kesemua suspek direman sehingga esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun dan curi kenderaan.
Habibi berkata modus operandi kumpulan terbabit adalah menyasarkan kawasan tumpuan pelancong untuk melakukan kegiatan jenayah mereka.
"Ada juga suspek mencederakan mangsa. Ada menggunakan senjata untuk meragut dan samun. Semua suspek lelaki ada rekod jenayah.
"Hubungan mereka merupakan kawan-kawan. Ada pasangan kekasih, ada suspek baru sahaja keluar penjara dan kesemua mereka tidak mempunyai pekerjaan serta melakukan jenayah pada waktu siang dan hari minggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes ragut
#pelacong
#samun
#curi motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan