awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/07/2022
14:41 MYT
Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri
Polis yang tiba di lokasi kejadian melihat sebuah pondok kayu sedang terbakar manakala cermin hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pecah. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk sebelum membakar pondok rehat di belakang gerai makan milik bekas isterinya selain memecahkan cermin sebuah kenderaan di Taman Seri Astana di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.20 pagi, mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang di kawasan itu.
Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian melihat sebuah pondok kayu sedang terbakar manakala cermin hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) pecah.
“Suspek dipercayai mengamuk kerana mempunyai masalah dengan bekas isterinya itu.
“Dia berang dan membakar pondok yang dijadikan tempat solat serta rehat terletak di belakang gerai makan. Selepas membakar pondok itu suspek pecahkan cermin sebuah kereta milik orang awam yang dipakir tidak jauh dari gerai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Zaidy, sejurus kejadian polis memburu suspek berusia 54 tahun itu dan berjaya menahannya pada jam 3.30 petang tidak jauh dari lokasi kejadian.
Katanya hasil semakan, suspek mempunyai 12 rekod lampau melibatkan pelbagai kes jenayah dan kesalahan berkaitan dadah.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#amuk
#Sungai Petani
#bakar gerai
#bekas isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan