awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat

Bernama
Bernama
09/03/2025
14:40 MYT
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Menurut Mohd Farhan, ahli keluarga suspek telah tampil memberi kenyataan dan menunjukkan dokumen menyatakan lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Sentosa. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima aduan oleh orang awam mengenai kejadian di rumah ibadat itu pada 6.50 petang semalam.
"Lelaki yang berusia 25 tahun itu telah masuk dari pintu utama gereja menggunakan kereta sambil memainkan muzik dengan kuat serta memegang sebotol minuman keras.
"Lelaki tersebut juga secara tiba-tiba bertindak memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat lalu membaling botol dan keluar dari gereja dalam keadaan marah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Farhan, ahli keluarga suspek telah tampil memberi kenyataan dan menunjukkan dokumen menyatakan lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kota Sentosa.
"Ahli keluarga turut memaklumkan suspek dikhuatiri tidak mengambil ubat yang telah dibekalkan oleh pihak hospital kepadanya," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Semalam, insiden berkenaan tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang awam.
Mohd Farhan turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ang Mei Cin di talian 010-7039818.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#minuman keras
#orang awam
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan