awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki hina TMJ di media sosial

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
07:00 MYT
Polis tahan lelaki hina TMJ di media sosial
Menurut Ayob, lelaki tersebut memuat naik video dengan komen yang jelik dan menghina TMJ di akaun Instagram miliknya. - PDRM
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pembantu gerai buah-buahan pada Ahad, susulan memuat naik 12 video mengandungi komen jelik serta menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Katanya, lelaki tersebut memuat naik video dengan komen yang jelik dan menghina TMJ di akaun Instagram miliknya.
“Semalam telah ada banyak diviralkan daripada Instagram seorang individu bernama ‘Amirul Naito’. Ada 12 hantaran dibuat individu terbabit dan perkataan-perkataan yang digunakan amat jelik, menghina dan sebagainya.
“Laporan polis telah dibuat (susulan perkara itu). Laporan pertama di Kangkar Pulai berhubung perkara sama. Dia telahpun ditangkap semalam pada jam lebih kurang 9.30 malam di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor,” ujar Ayob.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Ayob berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes ugutan jenayah dan khianat.
Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Ayob berkata, masyarakat dinasihatkan supata tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik video dengan kata kata jelik dan menghina.
Topic Berkaitan
#TMJ
#hina TMJ
#polis
#PDRM
#Tunku Mahkota Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#media sosial
#Tular
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan