awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki, kesan tiga lagi geng samun kedai serbaneka

Bernama
Bernama
25/11/2017
14:47 MYT
Polis tahan lelaki, kesan tiga lagi geng samun kedai serbaneka
NIK ROS AZHAN memberitahu suspek ditahan di rumahnya di Kubang Semang, di sini kira-kira pukul 6 pagi semalam.
Polis menahan seorang lelaki dan mengesan tiga lagi rakannya yang disyaki menyamun kedai serbaneka 24 jam menggunakan senjata tajam di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan lelaki berusia 22 tahun itu di rumahnya di Kubang Semang, di sini kira-kira pukul 6 pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa barangan dipercayai hasil samun antaranya sejumlah rokok serta wang tunai dan merampas sebuah motosikal milik suspek yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut," katanya, di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan, suspek bersama tiga lagi rakannya terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka dan mereka menjalankan jenayah itu pada awal pagi iaitu ketika orang tidak ramai.
Beliau berkata terkini mereka menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Rozhan, Alma awal pagi Khamis dan melarikan wang tunai, barangan serta sejumlah rokok.
"Mereka menaiki dua buah motosikal dan dua daripada empat suspek itu akan masuk ke dalam kedai serta mengacukan sebilah parang panjang ke arah pekerja di bahagian kaunter sebelum mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai.
"Dua lagi suspek akan berjaga di luar bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan berdasarkan siasatan mereka akan mencederakan mangsa jika melawan serta enggan menyerahkan wang tunai," katanya.
Nik Ros Azhan berkata identiti tiga lagi rakan suspek itu telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka yang berusia 20-an berkenaan giat dijalankan.
Katanya suspek yang ditahan itu tidak bekerja dan positif dadah serta dia kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#Dadah
#geng samun
#jenayah
#Kedai Serbaneka
#lelaki
#mangsa
#motosikal suspek
#Nik Ros Azhan
#polis
#samun
#Seberang Perai
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan