awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2024
10:45 MYT
Polis tahan lelaki larikan dua kanak-kanak perempuan
Kejadian kehilangan kanak-kanak itu mendapat perhatian masyarakat selepas keluarga mangsa meminta bantuan melalui media sosial. - Gambar fail
KUALA SELANGOR: Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki selepas terlibat dalam kes melarikan dua kanak-kanak di Jeram pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden, Mohd Ambia Nordin berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram kira-kira jam 2.40 pagi Ahad.
Bagaimanapun, katanya, kes itu masih dalam siasatan dan sedang mengenal pasti motif serta modus operandi dilakukan suspek terlibat.
"Suspek memberi kerjasama dan tidak cuba melarikan diri ketika ditahan polis," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu bagaimanapun didapati negatif dadah," katanya
Beliau berkata, suspek direman pada hari sama di Mahkamah Majistret Klang dan dibenarkan tahanan selama lima hari sehingga 25 Julai ini bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan dan 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Jumaat.
Mohd Ambia berkata, polis menerima maklumat kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 6.30 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#culik kanak-kanak
#Jeram
#larikan kanak-kanak
#identiti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan