KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat beberapa kes samun dan menyamar sebagai ejen pengutip wang membabitkan kerugian RM94,175 di sekitar ibu negara dan Selangor.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata suspek yang berusia 32 tahun ditahan di Kota Emerald, Rawang pada 12.30 tengah malam Khamis lepas.
"Polis melakukan tangkapan susulan satu laporan berhubung kejadian samun dan menyamar sebagai pekerja teknikal telekomunikasi di sebuah kiosk dengan melibatkan kerugian RM6,766 pada 18 Jan lepas.
"Semasa kejadian, suspek telah menyuruh mangsa menyerahkan duit di kaunter bayaran dan cuba menakutkan mangsa dengan mengeluarkan pisau yang disembunyikan dalam poket seluar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu terbabit dalam 40 kes jenayah termasuk 13 kes di Kuala Selangor, lapan di Sungai Buloh dan tiga di Wangsa Maju.
"Modus operandi suspek adalah menyasarkan farmasi, klinik serta kedai yang menggunakan mesin wang tunai dengan menyamar sebagai wakil syarikat atau bank untuk mengambil hasil jualan dan berpura-pura menghubungi pengurus premis berkenaan," katanya.
Shafa'aton berkata lelaki itu dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak Jun tahun lepas sekitar 5 petang hingga 7 malam.
Beliau berkata lelaki itu yang mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan menipu dan curi serta satu kes dikehendaki polis kini direman untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022

Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat beberapa kes samun dan menyamar sebagai ejen pengutip wang membabitkan kerugian RM94,175 di sekitar ibu negara dan Selangor. - Gambar hiasan

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.

2 lelaki terlibat samun berkumpulan ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan di sekitar Tangkak dan Muar, petang semalam, kerana disyaki terlibat dalam samun berkumpulan di daerah Muar, baru-baru ini.

LRT tergendala, wanita jadi mangsa samun selepas guna laluan alternatif
Seorang wanita menjadi mangsa rompakan di luar Stesen LRT Sri Rampai di Wangsa Maju selepas terpaksa melakukan perjalanan alternatif.

Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian
Dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.

Polis tahan lelaki menyamar ejen kutip wang, babit kerugian RM94,175
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat beberapa kes samun dan menyamar sebagai ejen pengutip wang membabitkan kerugian RM94,175 di sekitar ibu negara dan Selangor.

Polis buru suspek kes samun, cabul
Polis giat mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul dan samun seorang pembantu tadbir di sebuah apartmen di sini, pada Selasa.

Konstabel polis antara empat ditahan terlibat kes samun
Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal.

'Dia ada kes bunuh, edar dadah dan samun bersenjata' - Polis tembak mati lelaki di Sungai Petani
Suspek lelaki mati ditembak polis di Kampung Jerung, Jalan Ketil, Sungai Petani, awal pagi tadi sememangnya amat dikehendaki polis.

Geng samun pemandu Grab tumpas
Tangkapan tersebut susulan laporan seorang pemandu Grab yang disamun oleh tiga lelaki pada 20 September lalu.

Empat lelaki berputih mata curi lembu
Cubaan untuk mencuri lembu gagal apabila kereta yang dinaiki suspek bersama lembu terbabit terbabas selepas dikejar pihak berkuasa.