awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/01/2024
08:31 MYT
Polis tahan lelaki rogol anak tiri sejak Darjah Empat
Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada nenek mereka. - Gambar/ Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki menjadikan dua anak tirinya yang masing-masing berusia 13 dan 15 tahun sebagai pemuas nafsunya sejak tujuh tahun lalu di sebuah rumah di Tanjung Kling, di sini.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Md Nazri Zawawi berkata, perbuatan suspek yang berusia 27 tahun itu terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada nenek sebelum ibu kandung yang berusia 39 tahun tampil membuat laporan.
“Pada awalnya, dua remaja tersebut mula menceritakan perbuatan terkutuk itu kepada nenek mereka dan tidak memberitahu hal berkenaan kepada ibu mereka kerana bimbang wanita itu tidak mempercayai perbuatan suaminya.
“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa sering diraba oleh bapa tiri mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi dan mangsa yang berusia 15 tahun telah dirogol sebanyak empat kali sejak Darjah Empat manakala adiknya pertama kali dirogol minggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut katanya, kedua-dua mangsa memaklumkan semua kejadian rogol berlaku ketika ibu mereka keluar berniaga antara jam 5.30 petang hingga jam 10.30 malam.
“Ibu kandung mangsa ini merupakan seorang peniaga di Tanjung Kling dan mangsa-mangsa ini dirogol apabila mereka tinggal bersama suspek di rumah.
“Apabila dimaklumkan berhubung kejadian terkutuk ini, ibu mangsa yang juga pengadu bertanya kepada suaminya, bagaimanapun lelaki itu menafikannya,” tambahnya.
Jelas beliau, suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah hospital di sini kemudian telah ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di pos pengawal tempatnya bekerja.
Katanya, suspek kemudian direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#rogol anak tiri
#Melaka
#bapa tiri
#anak tiri mangsa rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan