awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki tabur paku di jalan raya

Bernama
Bernama
01/04/2023
15:04 MYT
Polis tahan lelaki tabur paku di jalan raya
Manurut polis, suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
IPOH: Polis menahan seorang pemandu kereta kerana dipercayai terbabit dalam insiden menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing, dekat Batu Gajah, seperti yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar Changkat Larang, Lahat, pada sekitar jam 3 pagi tadi.
"Suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah serta ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Bagaimanapun, motif insiden tersebut masih dalam siasatan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu,polis memaklumkan sedang mengesan pemilik kereta jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut susulan menerima satu laporan daripada pengguna jalan raya yang memaklumkan tayar keretanya bocor selepas melalui jalan berkenaan.
Sejak semalam tular di sosial media satu rakaman video berdurasi 24 saat yang dirakam oleh pemandu kenderaan lain, memaparkan pemandu kereta itu menabur paku di persimpangan jalan raya dari tingkap kenderaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tabur paku
#polis
#Dadah
#video tular
#Batu Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan