awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
24/04/2022
11:07 MYT
Polis tahan pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu, suspek dipercayai telah mengamuk di kawasan rumah kongsi pekerja sebelum membakar kereta peronda polis. - Gambar/ PDRM
PEKAN: Polis berjaya menahan seorang lelaki Indonesia yang dipercayai mengamuk dan membakar kereta peronda polis di kawasan rumah kongsi di tanah matau balak di Kampung Selengkong Nenasi, di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 4.20 petang ketika bersembunyi di hutan berdekatan lokasi kejadian.
Ketika diberkas, polis turut merampas tukul dan sebatang kayu bersamanya.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan pada 25 April (Isnin) untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
BACA: Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Mengulas lanjut, katanya suspek mungkin sedang berhalusinasi ketika melakukan perbuatan berkenaan.
Katanya, polis turut percaya bahan yang dilontar suspek terhadap kereta peronda itu adalah molotov koktel yang menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu itu, suspek dipercayai telah mengamuk di kawasan rumah kongsi pekerja.
Dua anggota dari Balai Polis Nenasi telah pergi ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan, namun suspek telah bertindak agresif dan mencederakan mereka.
Dia kemudian dipercayai membakar kereta polis terbabit sebelum melarikan diri.
Topic Berkaitan
#bakar kereta polis
#Pekan
#pekerja balak
#mengamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan