awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis

Bernama
Bernama
24/04/2022
08:40 MYT
Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Anggota bomba memadam kebakaran kereta peronda polis yang dibakar seorang lelaki warga Indonesia. - Gambar/ JBPM
KUANTAN: Sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja musnah terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan,semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku sekitar pukul 11 malam apabila pihaknya menerima maklumat daripada penjaga tanah matau balak yang mengatakan terdapat seorang lelaki warga Indonesia berusia 30-an sedang mengamuk di kawasan rumah kongsi.
Beliau berkata tiga anggota polis ke lokasi kejadian dengan menaiki kereta peronda berkenaan dan sejurus tiba suspek berada seorang diri di kawasan rumah kongsi tersebut.
"Semasa pemeriksaan dilakukan suspek telah bertindak agresif terhadap anggota polis dengan memukul dan mencederakan dua anggota sebelum bertindak masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam kenderaan polis.
"Seorang anggota yang masih berada di dalam kenderaan bertindak keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri manakala suspek terus lari ke dalam kawasan hutan berhampiran dan sehingga kini masih belum dapat dikesan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut,Mohd Zaidi berkata dua anggotanya hanya hanya mengalami kecederaan ringan akibat bergelut dan kini Op Tutup dilaksanakan untuk mengesan suspek di sekitar lokasi kejadian.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Sementara itu,Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi telah digerakan ke lokasi kejadian dan anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakar kereta polis
#Pekan
#pekerja balak
#mengamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan