AMSTERDAM: Penyiasat Belanda menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri dan menjual data peribadi berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk hampir setiap orang yang tinggal di Austria.
Lelaki Belanda berusia 25 tahun itu ditahan pada November hasil maklumat yang diteima daripada Pejabat Polis Jenayah Persekutuan Austria. Kes itu hanya didedahkan kepada umum oleh pejabat pendakwa raya di Amsterdam pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Menurut maklumat itu, terdapat petunjuk kukuh bahawa suspek telah menawarkan data sulit yang dicuri termasuk data rekod perubatan pesakit.
Data itu dikatakan membabitkan penduduk dari Belanda, Austria, Thailand, Colombia, China dan Britain.
Polis Austria dilaporkan telah menyiasat secara intensif selama lebih dua tahun selepas rekod curi berjuta-juta orang dari Austria ditawarkan untuk dijual di forum haram pada Mei 2020.
Mereka akhirnya menjumpai alamat rumah lelaki itu di Amsterdam.
Menurut laporan itu, semasa menggelidah rumah di Amsterdam dan Almere, di utara ibu negara, sejumlah besar peralatan dan perisian yang boleh digunakan untuk menggodam fail komputer turut dirampas.
Platform jenayah berkenaan ditutup sejak itu.
Menurut maklumat pihak berkuasa Austria, sembilan juta rekod data pendaftaran yang ditemukan membabitkan Austria sahaja.
Negara ini mempunyai kira-kira sembilan juta rakyat dengan rekod yang digodam itu meliputi nama penuh, jantina, alamat lengkap dan tarikh lahir, berkemungkinan membabitkan rekod semua penduduk negara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023
Menurut maklumat pihak berkuasa Austria, sembilan juta rekod data pendaftaran yang ditemukan membabitkan Austria sahaja.- Gambar hiasan
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
Belanda hukum ketumpulan Scotland
Scotland dihukum pada lewat permainan apabila dibelasah 0-4 kepada Belanda dalam pertemuan persahabatan di Amsterdam, awal pagi tadi.
Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia muncul naib juara selepas tewas 2-5 kepada Belanda
Pada aksi di Hockey Oman Venue itu, Belanda melaung amaran awal menerusi jaringan Van Der Drift Yannick seawal minit pertama.
Kerjasama dengan Belanda langkah terbaik atasi masalah banjir di Malaysia - Pakar
Katanya, usaha berkenaan boleh mengurangkan kerugian ditanggung penduduk terjejas akibat bencana alam itu yang berlaku saban tahun.
Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar
Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir di negara ini.
Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama.
Belanda di landasan tepat ke Euro 2024
Pasukan kendalian Ronald Koeman itu terlebih dahulu dikejutkan menerusi sepakan penalti Adam Idah, meletakkan Ireland di hadapan.
Ukraine akan terima jet F-16 dari Belanda, Denmark
Ukraine terima 42 jet F-16 buatan AS yang canggih untuk membantu menangkis pencerobohan Rusia.