awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama

Astro Arena
Astro Arena
14/10/2023
01:20 MYT
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Mbappe pastikan Perancis ke kejohanan utama
Aksi Kylian Mbappe (kiri) selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan Kelayakan Euro 2024 Kumpulan B antara Belanda dan Perancis di stadium Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda, 13 Okt 2023. (Foto AP)
BELANDA 1 PERANCIS 2
Kylian Mbappe menjaringkan dua gol, termasuk satu ledakan dari luar kotak penalti, untuk Perancis menewaskan Belanda 2-1 dalam pusingan kelayakan Euro 2024 di Amsterdam awal pagi tadi.
Selepas meletakkan The Blues di depan seawal minit ketujuh, Mbappe menambah satu lagi jaringan pada lapan minit terakhir separuh masa pertama selepas bertukar hantaran dengan Adrien Rabiot dan melepaskan sepakan lencong menerjah ke penjuru atas gawang Bart Verbruggen.
Belanda kemudian merapatkan jurang menerusi jaringan daripada Quilindschy Hartman pada minit ke-83 tetapi ia belum cukup untuk menafikan kemenangan Perancis.
Keputusan itu menyaksikan Les Bleus mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam enam perlawanan pertama Kumpulan B dan mengesahkan tempat ke kejohanan utama di Jerman musim panas tahun depan biarpun masih berbaki dua perlawanan.
Belanda, dalam pada itu, tergelincir satu anak tangga ke kedudukan kedua untuk dipintas Greece, yang menewaskan Republik Ireland 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Dublin.
Topic Berkaitan
#kelayakan Euro 2024
#Belanda
#Perancis
#Kylian Mbappe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan