awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan penoreh getah palsukan surat sokongan Agong

Bernama
Bernama
10/11/2020
09:15 MYT
Polis tahan penoreh getah palsukan surat sokongan Agong
MOHD WAZIR: Suspek didakwa memalsukan surat itu kepada sebuah syarikat pembalakan yang dipercayai mencari peluang melombong atau mengambil hasil hutan di rizab hutan Hulu Jerai di Mukim Batu Yon, Lipis. - Gambar fail
KUANTAN:Polis menahan seorang penoreh getah yang disyaki memalsukan surat sokongan dengan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung kerja pembalakan dan perlombongan di hutan Lipis, kira-kira 171 kilometer dari sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 51 tahun dan berasal dari Sik, Kedah ditahan pada jam 1.25 tengah hari semalam, semasa hadir membantu siasatan di Balai Polis Gurun, Kedah.
"Suspek didakwa memalsukan surat itu kepada sebuah syarikat pembalakan yang dipercayai mencari peluang melombong atau mengambil hasil hutan di rizab hutan Hulu Jerai di Mukim Batu Yon, Lipis sekitar Jun lalu.
"Perbuatan suspek terbongkar selepas seorang pegawai di pejabat Sultan Pahang menerima maklumat mengenai surat itu dan mengesahkan bahawa pejabat berkenaan tidak pernah mengeluarkan surat sokongan atau disebut sebagai surat kuning itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenayah
#Mohd Wazir Mohd Yusof
#penoreh getah
#surat sokongan
#surat sokongan palsu
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah
#polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan