awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan petugas di IPK Sarawak, suspek kes rompak kedai emas

Bernama
Bernama
22/09/2015
04:33 MYT
Polis tahan petugas di IPK Sarawak, suspek kes rompak kedai emas
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata siasatan mendapati suspek bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Jalan Badaruddin.
Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Carpenter di sini tiga hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata siasatan mendapati suspek bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Jalan Badaruddin di sini.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 Sabtu lepas, suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh merempuh masuk kedai emas itu lalu melarikan sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM20,000 selepas memecahkan kaca ruang pameran kedai.
Katanya suspek yang cedera di tangan kanannya semasa melakukan rompakan, kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu di luar kedai.
"Kira-kira pukul 6 pagi ini, sepasukan polis dari unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah diketuai DSP Sarifuddin Mustaffa menahan suspek di kediamannya di Petrajaya dan menemui semua barang kemas tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dev Kumar berkata polis turut menemui sehelai baju yang mempunyai kesan darah, dipercayai dipakai suspek semasa melakukan rompakan.
Beliau berkata polis akan menghantar unit penyelam ke sebuah tasik di Petrajaya di sini untuk mencari sepana yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.
"Kami menganggap kes ini berprofil tinggi kerana rompakan kedai emas jarang-jarang sekali berlaku di Sarawak," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan menyusul, Dev Kumar berkata polis menahan seorang lagi lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai rakan suspek dalam kejadian rompakan itu.
Beliau berkata lelaki itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi ini di rumahnya di Kampung Gita.
Katanya susulan penahanan itu polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam rompakan berkenaan.
Topic Berkaitan
#jalan carpenter
#kedai emas
#polis
#rompakan
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan