awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan remaja bawah umur pandu tanpa lesen

Bernama
Bernama
10/09/2025
03:30 MYT
Polis tahan remaja bawah umur pandu tanpa lesen
Pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu memandu kereta milik abangnya tanpa kebenaran. - Gambar hiasan
KUALA NERUS: Polis menahan seorang remaja lelaki bawah umur kerana memandu tanpa lesen dan menghimpit kereta peronda ketika diarahkan berhenti dalam kejadian di Jalan Bandar Baru di sini pada Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata kejadian berlaku ketika dua anggota Unit Rondaan Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang meronda di kawasan berkenaan terlihat sebuah kereta Proton Wira kelabu dipandu dalam keadaan yang mencurigakan kira-kira 6.30 petang.
Anggota peronda kemudian menghampiri kereta berkenaan dan mengarahkan pemandu untuk berhenti, namun tidak diendahkan dan suspek bertindak melarikan diri dengan memecut laju kenderaannya.
"Anggota kemudiannya mengejar kereta berkenaan sambil mengarahkan suspek berhenti menggunakan pembesar suara berkali-kali, namun tidak dipedulikan.
"Malah, suspek terus berdegil dengan memandu secara berbahaya termasuk menghimpit kereta peronda. Bagi tujuan keselamatan anggota terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 sebagai amaran keras yang akhirnya berjaya membuat suspek memperlahankan kenderaan dan berhenti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zaki berkata pemeriksaan mendapati suspek yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah itu memandu kereta milik abangnya tanpa kebenaran.
Polis telah menghubungi ibu bapa suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Saman dikeluarkan ke atas suspek atas kesalahan memandu tanpa lesen. Dia juga diberi amaran keras dan nasihat agar tidak mengulangi kesalahan sebelum dibebaskan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas
Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak masing-masing selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menimbulkan sebarang spekulasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#memandu tanpa lesen
#saman
#Wan Mohd Zaki Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan