Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan seorang mangsa warga Britain di Jalan Penang di sini pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata suspek lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan sepasukan polis dan pihak polis masih memburu beberapa lagi suspek yang disyaki turut terlibat dalam kes itu.
"Suspek kini ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengenai motif sebenar kejadian pergaduhan berlaku sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.
"Setakat ini, kita telah mengenal pasti dua lagi rakan suspek dan usaha memburu mereka giat dijalankan," katanya.
Anuar berkata mangsa kini telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian pukul 4.10 pagi semalam, lelaki warga Britain itu cedera dan tidak sedarkan diri akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di hadapan Restoran Jaya, Jalan Penang di sini.
Susulan itu polis menahan seorang lelaki berumur 38 tahun dan suspek direman hingga Khamis ini.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 20 2018
Anuar berkata mangsa kini telah sedar dan berada dalam keadaan stabil. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Menyusup kawat duri di kawasan PKPD untuk jumpa nenek, wanita dijejaki polis
Wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.
PKPD: Dua lelaki lintas pagar kawat duri dikenal pasti - Polis
Kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.
Polis sahkan terima laporan wakil Istana Negara
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini pada Jumaat.
Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.
Menghadap Agong: Pengamal media tidak dibenar berada dekat pintu 2 Istana Negara
Polis diarahkan pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan susulan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Polis kesan kedai minuman keras salah guna surat kebenaran MITI
Hasil pemeriksaan polis ke atas premis terbabit mendapati ia hanya menjual minuman keras semata-mata.
Polis tahan suami isteri eksploitasi kanak-kanak dan remaja
Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk melakukan kerja di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini semalam.
Polis siasat individu hina Sultan Johor
Polis menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang semalam.
Salah faham penjagaan anak punca suami isteri bergaduh - Polis
Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara.
Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.