KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk melakukan kerja di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata susulan serbuan itu polis berjaya menyelamatkan lima kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.
Beliau berkata serbuan dilakukan susulan satu aduan yang dibuat oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun petang semalam yang mendakwa beliau telah dipukul oleh pasangan berkenaan dan dipaksa melakukan kerja rumah.
"Pengadu telah berjaya melarikan diri dari rumah itu pada 10 pagi semalam dan datang ke balai polis untuk membuat laporan.
"Hasil siasatan awal mendapati pengadu dan 16 kanak-kanak yang lain telah diambil oleh pasangan berusia 55 dan 54 tahun itu dari sebuah rumah anak yatim di Kulim, Kedah pada 2017 untuk melakukan kerja rumah sepanjang hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau seramai 14 orang daripada kanak-kanak itu telah melarikan diri kerana tidak tahan melakukan kerja rumah secara paksa dan dipukul jika tidak mengikut arahan pasangan berkenaan.
Anuar berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan reman terhadap pasangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 di bawah kesalahan pemerdagangan kanak-kanak.
Bernama
Tue Jun 01 2021
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata susulan serbuan itu polis berjaya menyelamatkan lima kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Menyusup kawat duri di kawasan PKPD untuk jumpa nenek, wanita dijejaki polis
Wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.
PKPD: Dua lelaki lintas pagar kawat duri dikenal pasti - Polis
Kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.
Polis sahkan terima laporan wakil Istana Negara
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini pada Jumaat.
Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.
Menghadap Agong: Pengamal media tidak dibenar berada dekat pintu 2 Istana Negara
Polis diarahkan pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan susulan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Polis kesan kedai minuman keras salah guna surat kebenaran MITI
Hasil pemeriksaan polis ke atas premis terbabit mendapati ia hanya menjual minuman keras semata-mata.
Polis tahan suami isteri eksploitasi kanak-kanak dan remaja
Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk melakukan kerja di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini semalam.
Polis siasat individu hina Sultan Johor
Polis menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang semalam.
Salah faham penjagaan anak punca suami isteri bergaduh - Polis
Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara.
Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.