awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek keempat kes lelaki maut tertembak

Bernama
Bernama
02/10/2025
13:45 MYT
Polis tahan suspek keempat kes lelaki maut tertembak
Polis Perak menahan seorang lagi suspek disyaki terlibat insiden tertembak seorang rakan yang disyaki haiwan buruan hingga maut di Batu Caves, Selangor pada Isnin lepas, menjadikan jumlah tangkapan empat orang. - Foto hiasan
IPOH: Polis Perak menahan seorang lagi suspek disyaki terlibat insiden tertembak seorang rakan yang disyaki haiwan buruan hingga maut di Batu Caves, Selangor pada Isnin lepas, menjadikan jumlah tangkapan empat orang.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek berusia 50 tahun ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kira-kira 4.30 petang Selasa lepas.
"Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau namun didapati positif dadah. Polis juga merampas sebuah telefon bimbit dan suspek kini direman sehingga 7 Okt bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Noor Hisam berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis meraikan 115 pesara dan bakal pesara Polis Kontinjen Perak Tahun 2025 di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa berusia 43 tahun itu akibat luka tembakan di dada.
Sebelum ini, Noor Hisam mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki pada 3.55 pagi, Isnin lepas di Kampung Selamat, Semanggol dekat Bagan Serai dan siasatan mendapati mangsa dipercayai tertembak di Batu Caves.
Susulan itu, dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun ditahan di Kampung Selamat dengan seorang daripadanya mempunyai pertalian saudara dengan mangsa, manakala seorang lagi suspek 36 tahun ditahan di Batu Caves.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis perak
#kes tertembak rakan
#Batu Caves
#buru haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan