LAHAD DATU: Polis hari ini menahan suspek lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang kanak-kanak di kawasan perumahan Felda Sahabat 30 dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata pihaknya menahan suspek yang berumur 33 tahun itu di kawasan blok Ladang FGV PM Sahabat 41 pada 7 pagi dengan dibantu Polis Bantuan Felda.
"Suspek kemudian mendedahkan lokasi parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian disembunyikan dan daripada pendedahan itu, anjing pengesan menemukan senjata berukuran 23 inci itu di kawasan semak tepi jalan Ladang FGV PM Sahabat 41," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata polis akan memohon perintah tahanan reman esok bagi melengkapkan siasatan kes.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan di kepala, leher serta putus tapak tangan kiri dan perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh rakan bapa tiri mangsa.
Susulan itu, polis mengesan seorang warga Indonesia Paulus Poka Lolo yang juga pekerja am ladang sawit di Felda Sahabat 30.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023
Polis hari ini menahan suspek lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang kanak-kanak di kawasan perumahan Felda Sahabat 30 semalam. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Dua lelaki ditahan acu senapang patah dan parang
Dua lelaki ditahan bersama selaras senapang patah dan sebilah parang selepas video mereka mengacukan senjata itu tular di media sosial baru-baru ini.
Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU
Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).
Dua lelaki ditahan guna dron di pusat penamaan calon Bukit Gantang
Mereka menerbangkan dron di kawasan penyokong berkumpul dalam anggaran 70 meter dari luar pusat penamaan P59 Bukit Gantang.