awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing

Bernama
Bernama
20/08/2022
20:20 MYT
Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana disyaki terlibat mengeksploitasi pekerja warga asing secara paksa di sekitar kawasan Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.
"Dalam operasi ini, mangsa seramai tujuh wanita warga asing berumur dalam lingkungan 30 hingga 43 tahun telah diselamatkan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata siasatan menunjukkan kesemua mangsa terdedah kepada eksploitasi kerja paksa di sebuah rumah di Bandar Botanic dan didapati mereka dijanjikan pekerjaan tukang cuci di syarikat yang sah serta mempunyai kontrak kerja dan permit semasa berada di negara asal.
"Setelah sampai di Malaysia, kesemua mangsa dipaksa bekerja sebagai tukang cuci harian yang dihantar dari rumah ke rumah, pejabat, kilang dan tadika.
Kesemua mangsa juga telah diarahkan tinggal serumah bersama majikan dan ahli keluarganya," kata beliau. Cha berkata pergerakan mangsa juga dikawal kerana pasport dan telefon bimbit dipegang oleh majikan selain tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa kebenaran.
Beliau berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. Majistret Mahkamah Klang telah membenarkan kesemua suspek ditahan reman selama enam hari iaitu sehingga 25 Ogos ini.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh masa yang terdekat," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#eksploitasi pekerja warga asing secara paksa
#Cha Hoong Fong
#Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan