TELUK INTAN: Polis menahan tiga lelaki tempatan ekoran video tular sebuah jengkaut melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di kebun sawit di RTB Labu Kubong, dekat sini.
Ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 28 hingga 47 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.05 petang semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, tangkapan dibuat selepas menerima aduan daripada seorang lelaki berumur 24 tahun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca apabila pengadu mengorek jalan di tepi kebunnya untuk dijadikan parit sebagai laluan air kerana kawasan tersebut dinaiki air, kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.
“Pengadu menyatakan jalan tersebut adalah dalam tanahnya dan berhak mengali lubang untuk dijadikan parit di tanah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, kata Ahmad Adnan, setelah balik ke rumahnya di Kampung Gajah kira-kira jam 12 tengah hari, pengadu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menggali parit itu.
Menurutnya, parit itu digali di tengah laluan utama dan akan menyukarkan pekebun sawit lain yang terpaksa menggunakan laluan lebih jauh untuk ke kebun mereka.
Katanya, walaupun pengadu menjelaskan akan memasang pembetong (culvert) beberapa hari lagi tetapi suspek masih tidak berpuas hati.
Dia berkata, ketika sampai semula ke kebun sawitnya kira-kira jam 2.30 petang hari yang sama, pengadu mendapati parit yang galinya telah ditimbus oleh seorang lelaki lain serta beberapa orang lagi yang tidak dikenali.
“Ekoran kejadian tersebut, berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dan suspek sehingga suspek menampar leher pengadu, manakala pemandu jengkaut pula melanggar kereta milik bapa pengadu sehingga mengalami kerosakan.
“Pemandu jengkaut tersebut juga cuba untuk mengejar bapa pengadu menggunakan tukul dan mendatangkan ketakutan kepada pengadu serta bapanya ketika kejadian tersebut,” ujarnya.
Ahmad Adnan memberitahu, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek, termasuk pemandu jengkaut dan lori, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, permohonan reman ke atas ketiga-tiga suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk membolehkan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323/427/506 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Oct 10 2021
Siasatan awal polis mendapati, ketiga-tiga suspek, termasuk pemandu jengkaut dan lori, tidak mempunyai rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.