Polis percaya satu lagi satu lagi sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang tumpas apabila tiga lelaki termasuk dalang utama kumpulan itu diberkas selain merampas 78.7 kilogram (kg) ganja bernilai RM236,000 menerusi empat serbuan di sekitar negeri itu pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata tiga lelaki berusia 31 hingga 42 tahun dan tidak bekerja itu ditahan dalam operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 5.10 pagi oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
"Serbuan pertama di tepi jalan di Taman Pekaka dan polis menahan seorang lelaki bersama satu ketulan mampat ganja seberat 1.05kg dipercayai sedang menunggu pelanggan dan susulan itu kami menyerbu sebuah rumah di taman yang sama dan merampas 9.05kg ganja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan, polis menahan seorang lagi lelaki yang berada di dalam sebuah kereta jenis Honda City di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Juru dekat sini, sebelum menyerbu sebuah rumah di Mount Erskine di Tanjung Tokong dan menangkap dalang utama sindiket itu.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta Honda City lelaki terbabit, polis merampas 68 ketulan ganja seberat 68.93kg yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu yang telah diubah suai.
Roslee berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mendapatkan bekalan ganja dari negara jiran sebelum menyeludup masuk dan menjualnya di sekitar Pulau Pinang. Mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lepas.
"Polis turut menyita wang dalam akaun bank hampir RM300,000 serta sebuah kereta mewah Toyota Vellfire dan sebuah motosikal," katanya.
Beliau berkata seorang daripada tiga lelaki terbabit mempunyai tujuh rekod lampau dan kesemua mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Katanya bahi tempoh Januari hingga 19 Sept, seramai 8,191 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk mengedar dadah dan pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM190.5 juta.
"Tahun ini banyak kejayaan rampasan dadah, antara yang kami rampas ialah syabu sebanyak 2,285.8kg, ganja (877.5kg), heroin (121.8kg), ketamin (25.8kg), pil eramin 5 (3.8 juta biji), pil yaba (452,278 biji) dan pil eskstasi sebanyak 32,783 biji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018
Datuk Roslee Chik (empat, kanan) bersama pegawainya menunjukkan ketulan mampat dipercayai ganja bernilai RM236,000 yang dirampas dalam lima serbuan di kawasan Daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah Rabu lepas. - Bernama
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis Perlis berjaya rampas 56kg ganja mampat bernilai RM173,600
Semasa pemantauan dilakukan, terdapat individu tertentu sedang membawa masuk suatu bungkusan ke dalam kereta di mana dipercayai baharu sahaja dibaling dari arah negara jiran itu.
Enam termasuk suami isteri, tiga anak ditahan bersama ganja bernilai RM432,614
Polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka dan merampas 139.5 kilogram (kg) ganja bernilai RM432,614 dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut
Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan.
Cuba lari sekatan, penunggang motosikal positif ganja
Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi, didapati positif dadah jenis ganja.
Wanita ditahan bersama 6.2kg ganja dalam guni
Seorang wanita yang merupakan penganggur ditahan oleh anggota BSJND IPD Temerloh pada jam 3.15 petang.
Polis tahan 10 lelaki tempatan terlibat sindiket dadah
Menurut DSP Norhisham, polis menahan 10 lelaki lelaki warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah.
Thailand cadang haram ganja untuk kegunaan rekreasi
Kerajaan baharu Thailand berikrar untuk mengetatkan peraturan penggunaan ganja dan hanya membenarkan untuk tujuan perubatan sahaja.