awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki suspek kes pukul, tetak di Puchong

Bernama
Bernama
25/05/2025
21:30 MYT
Polis tahan tiga lelaki suspek kes pukul, tetak di Puchong
Menurut Supt Mohd Fairus, ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mengaku terlibat dengan kes pukul dan tetak di Puchong, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki termasuk bekas suami kepada teman wanita mangsa kes pukul dan tetak di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong, dekat Subang Jaya, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata ketiga-tiga individu berumur antara 30 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan polis Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di Jalan USJ 9, Subang Jaya pada 3 petang semalam.
"Ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan mengaku terlibat dengan kes ini. Permohonan reman kesemua lelaki itu akan dibuat di mahkamah Shah Alam esok bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam kejadian 2.15 pagi itu, seorang wanita memaklumkan teman lelakinya dipukul serta ditetak bekas suaminya bersama dua lagi lelaki.
Mohd Fairus dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku setelah mangsa, seorang warga tempatan berumur 47 tahun, tinggal bersama dengan bekas isteri seorang daripada suspek di rumah itu.
Mangsa dipercayai dipukul serta ditetak menggunakan pisau dan batang besi di bahagian badan dan kepala sehingga mengalami kecederaan dan kini dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puchong
#Tetak
#bekas suami teman wanita
#IPD Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami