ALOR SETAR: Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja apabila berjaya menahan tiga lelaki terdiri daripada seorang warganegara tempatan dan dua rakyat Thailand bersama 29.8 kilogram ganja mampat dalam serbuan di sebuah rumah di Kilometer 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, pada pukul 11.10 malam.
Ahmad Shukri berkata, lelaki tempatan yang ditahan berusia 48 tahun disyaki tokan dadah, manakala dua warganegara Thailand berusia 45 dan 34 tahun itu pula dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’.
“Salah seorang daripada suspek berusia 45 tahun telah membawa polis ke kawasan semak berhampiran rumah tersebut dan telah menunjukkan dua guni berwarna kuning yang diletakkan di dalam semak.
“Hasil pemeriksaan dalam guni tersebut telah menemui 29 ketulan mampat masing-masing dibaluti dengan pita pelekat lutsinar mengandungi dedaun mampat kehijauan disyaki dadah jenis ganja,” kata beliau.
Ahmad Shukri berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Shukri, pemeriksaan yang dijalankan dalam kedua-dua guni tersebut menemukan 29 ketulan mampat ganja seberat kira-kira 29.8 kg.
Kesemua dadah itu, jelas beliau, dipercayai diseludup dari Thailand melalui jalan darat.
Beliau turut berkata, ganja yang dianggarkan bernilai RM74,675 itu boleh digunakan kira-kira 130,000 penagih.
Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai berjumlah RM6,000.
Hasil ujian urin dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis methamphetamine dan tetra hydro cannabinol (THC).
Menurut Ahmad Shukri, siasatan lanjut mendapati lelaki tempatan itu bekerja sebagai pekebun dan rumah serta kenderaan dirampas dipercayai miliknya.
Suspek turut memiliki rekod jenayah berkaitan dadah, manakala dua lagi suspek yang berasal dari Satun dan Songkhla tidak memiliki rekod lampau.
Katanya, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari hingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 27 2023

Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir (kiri) menunjukkan sebahagian daripada 29 ketulan mampat ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kilometer 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Sabtu lalu.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Pelajar kolej swasta antara ditahan jual 'brownies ganja'
Punca bekalan masih dalam siasatan dan saringan air kencing mendapati suspek dalam kes pertama bebas daripada sebarang jenis dadah.

Bekas pelajar kejuruteraan terlepas hukuman gantung
Seorang bekas pelajar kejuruteraan awam hari ini terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Polis buat rampasan ganja terbesar di Pahang tahun ini
Bangsal terletak di tepi rumah keluarga suspek dan pemeriksaan menemukan ketulan mampat dadah disimpan dalam guni dan bekas plastik.

Wanita Filipina antara ditahan miliki ganja mampat bernilai RM85,000
Pemeriksaan menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki dua suspek.

Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.

Bungkusan misteri: 'Buang duit sahaja, saya dan PM Anwar tak ambil ganja' - Rafizi
Rafizi menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui berkenaan bungkusan ganja yang dihantar ke alamatnya dan Perdana Menteri pada Isnin.

Polis rampas ubat gigi daun ganja dialamatkan kepada dua ahli politik kerajaan
Polis merampas satu bahan larangan berupa ubat gigi daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik kerajaan di sebuah syarikat penghantaran di Pulau Meranti Dengkil.

Pelakon drama, tiga rakan berdepan hukuman mati
Seramai empat lelaki termasuk seorang pelakon drama, berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis.

Pemandu langgar enam kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil positif ganja
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebih RM15,000 atau kedua-duanya.