BALIK PULAU: Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya wanita berusia 39 hingga 49 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang, dua hari lepas.
"Berdasarkan siasatan awal, mereka disyaki dijadikan keldai akaun kepada sindiket penipuan yang berbeza membabitkan kerugian mangsa antara RM2,000 hingga RM18,000.
"Siasatan juga mendapati semua yang ditahan itu melibatkan kes yang dilaporkan sejak tahun 2019 hingga 2022," menurut kenyataan itu.
Kesemua suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes isiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kes berasingan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menahan dua lelaki warga Myanmar yang tiada sebarang dokumen perjalanan diri dan bekerja di sebuah sangkar ikan di kedudukan 1.5 batu nautika selatan Pulau Aman, dekat sini.
Katanya pasukan operasi yang menjalankan rondaan rutin telah menjalankan pemeriksaan pada 1.45 tengah hari semalam dan pemeriksaan terhadap dua lelaki berusia 20 dan 30 tahun itu mendapati mereka tiada sebarang dokumen perjalanan diri.
"Selain itu, mereka juga tiada sebarang permit kerja dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha atau individu yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan. - Gambar hiasan

Agong, Permaisuri berkenan serah Rumah Asnaf MAIWP di Labuan
Rumah Asnaf di Ganggarak Permai itu turut dilengkapi dengan masjid, taman permainan kanak-kanak dan dewan serba guna.

AWANI Ringkas: Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MCMC arah syarikat telco larang pautan URL dalam SMS, elak 'scam'
Arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa 'scam' atau penipuan dalam talian.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

CPTPP: Pengeksport Malaysia akan dapat manfaat daripada tarif keutamaan UK - Tengku Zafrul
UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk yang mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia.

Masyarakat perlu belajar berinteraksi dengan autistik
Suatu pendekatan perlu dilakukan agar masyarakat turut belajar bagaimana untuk berinteraksi dan memahami anak-anak autistik.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada jam 5.42 pagi hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Enam kru hilang selepas kapal diserang lanun di Teluk Guinea
Kejadian berlaku ketika kapal itu dalam pelayaran menuju ke Nigeria. Turut ditemukan beberapa anak kapal.

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

Polis tahan tiga wanita disyaki keldai akaun sindiket penipuan
Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan.

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi "keldai akaun" oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian,.

Tiga ditahan disyaki keldai akaun
Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela
Keadaan itu berlaku apabila pemilik asal akaun bank berkenaan bertindak menyerahkan butiran kepada pihak ketiga kerana didorong dengan bayaran dan sebagainya.

Polis tahan empat wanita, seorang lelaki disyaki jadi keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.

Empat lelaki ditahan bantu kes keldai akaun
Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Sindiket penipuan guna keldai akaun di Melaka meningkat, catat RM12.3 juta
Antara punca peningkatan kes ialah kurang pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Sindiket 'keldai akaun': Sepasang kekasih antara tujuh ditahan
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.