awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tujuh warga Myanmar leka bermain judi 'Pai Kow'

Bernama
Bernama
20/04/2023
09:33 MYT
Polis tahan tujuh warga Myanmar leka bermain judi 'Pai Kow'
Kesemua suspek serta barang rampasan termasuk peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM268 dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut. -Gambar Astro AWANI
KOTA TINGGI: Tujuh lelaki warga Myanmar sedang leka bermain judi jenis 'Pai Kow' ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lukut Cina di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menjalankan serbuan itu pada 10.50 malam.
Beliau berkata kesemua suspek serta barang rampasan termasuk peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM268 dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.
"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua tangkapan akan direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini, bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Hussin berkata pihaknya tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat dalam kes perjudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Mahkamah Majistret
#Pai Kow
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan