awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000

Bernama
Bernama
28/10/2024
04:00 MYT
Polis tahan warga Thailand seludup ganja bernilai lebih RM16,000
Dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah van dipandu oleh suspek yang berusia 67 tahun. - Foto Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ketulan mampat daun ganja seberat 5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM16,014 di sebuah stesen minyak di Salor di sini, semalam.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah van dipandu oleh suspek yang berusia 67 tahun itu.
"Polis turut merampas pasport Thailand milik suspek, sebuah van dan dua unit telefon bimbit.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai tekong dan tujuh wanita warga Myanmar yang disyaki diseludup masuk ke negara ini menggunakan kereta di Jalan Pak Keral, Tumpat.
Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan kesemua tujuh warga asing itu gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#seludup ganja
#salor
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan