Polis tidak berhasrat untuk menangkap, mangsa warga Malaysia yang dijadikan hamba di London Siti Aishah Abdul Wahab atas kegiatan komunismenya sekitar tahun 1970an dahulu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada masalah untuk Siti Aishah pulang semula ke negara ini dan memang pada tahun 70an dahulu, polis mahu menangkapnya atas aktiviti komunis tetapi dia sudah berhijrah ke United Kingdom dan polis hanya memantau kegiatannya sahaja.
"Pada zaman 70an dahulu, dia adalah salah seorang dari 'student' pelampau berhaluan kiri dan berpusat di London dan pada zaman tersebut kita memang 'hendak' dia tetapi dia dah pergi kesana,"
“Jika dia hendak balik ke sini, baliklah dan kegiatannya itu dulu jadi saya rasa jikalau kita hendak tangkap pun buang masa sahaja,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di PULAPOL, di sini.
Beliau menambah polis juga akan menunggu laporan dari pihak berkuasa United Kingdom untuk mengetahui samada Siti Aishah masih lagi menjadi rakyat Malaysia atau rakyat Britain.
“Kita tidak tahu lagi, dia sudah lama tinggalkan negara kita dan mungkin dia sudah menyerahkan kerakyatannya namun kita perlu mendapatkan laporan dari pihak United Kingdom dulu,” katanya lagi.
Siti Aishah, 69, merupakan salah seorang dari tiga wanita yang diselamatkan oleh polis Britain dari aktiviti perhambaan di sebuah rumah di Lambeth, London.
Beliau dan dua lagi wanita warga Britain dan Ireland yang masing-masing berusia 30 dan 57 telah dijadikan hamba selama 30 tahun oleh seorang pasangan yang juga merupakan penggerak kepada sebuah pertubuhan radikal Maoist yang berfahaman Marxist di Britain.
Siti Aishah juga merupakan ibu saudara kepada Editor Majalah Astro AWANI, Zan Azlee Zainal Abidin.
Aizat Sharif
Wed Nov 27 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.