awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tangkap tujuh anggota Geng Sima

Bernama
Bernama
01/12/2012
00:24 MYT
Polis tangkap tujuh anggota Geng Sima
Polis percaya mereka dapat melumpuhkan satu sindiket curi kenderaan atau dikenali sebagai geng Sima berikutan tertangkapnya tujuh anggota kumpulan itu termasuk dua wanita dan menemui semula 18 kereta curi bernilai RM200,000 dalam Ops Lejang selama sebulan sejak 25 Okt lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata dua pembeli berumur antara 20 dan 40 tahun, juga ditahan untuk soal siasat semasa operasi itu yang dijalankan di beberapa kawasan di Petaling Jaya.
Beliau berkata kumpulan itu bergiat aktif mencuri kenderaan di Lembah Klang sejak awal tahun ini.
"Mereka menjual kenderaan itu kepada pembeli yang berpotensi pada harga antara RM2,000 dan RM3,000 bagi sebuah kenderaan," katanya Jumaat.
Arjunaidi berkata ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Simachalam, 23, ditangkap di Mahkamah Petaling Jaya pada 2 Okt apabila menghadiri perbicaraan atas tuduhan jenayah.
Topic Berkaitan
#ACP Arjunaidi
#curi kereta
#Geng Sima
#Ops Lejang
#Petaling Jaya
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan