awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Tawau aktifkan lapan pasukan pemantau pematuhan SOP

Bernama
Bernama
07/10/2020
21:46 MYT
Polis Tawau aktifkan lapan pasukan pemantau pematuhan SOP
Peter berkata sepanjang PKPDB itu, enam individu telah dikompaun manakala empat lagi akan didakwa di mahkamah kerana melanggar SOP termasuk rentas daerah. -Astro AWANI
TAWAU:Polis Tawau mengaktifkan lapan pasukan pemantau bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) sejak 29 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata sepanjang PKPDB itu, enam individu telah dikompaun manakala empat lagi akan didakwa di mahkamah kerana melanggar SOP termasuk rentas daerah.
"Saya nasihatkan supaya masyarakat mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa untuk kebaikan, jaga jarak fizikal," katanya kepada pemberita selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Batu 2, Jalan Apas di sini, hari ini.
Sementara itu, Peter berkata satu pasukan khas polis juga ditubuhkan membabitkan kenderaan peronda untuk membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin di daerah Tawau.
Katanya, pasukan khas dibantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melakukan rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus digunakan oleh pendatang asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Tawau
#ACP Peter Umbuas
#PKPDB
#SOP
#Tawau
#perintah kawalan pergerakan
#ESSCom
#pematuhan prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan