awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis teliti video tular aktiviti riadah di taman tema air

Aida Aziz
Aida Aziz
31/01/2022
07:37 MYT
Polis teliti video tular aktiviti riadah di taman tema air
Video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuan taman tema air di Ipoh telah tular di media sosial sedang diteliti oleh pihak polis. - Foto ihsan pembaca/Sinar Harian
IPOH: Polis Ipoh sedang meneliti fakta prosedur operasi standard (SOP) dan individu yang terbabit dalam video tular di sebuah taman tema air di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah mengesan video yang memaparkan aktiviti riadah sekumpulan pengunjung di taman tema air.
"Video itu disebarkan di media sosial yang mana telah mendapat perhatian masyarakat umum.
"Semakan pihak polis dengan pihak pengurusan taman tema air tersebut mendapati kejadian yang dimaksudkan berlaku pada Sabtu lalu.
"Kejadian itu berlaku di antara jam lebih kurang 1 tengah hari hingga 6 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Yahaya berkata, pihak pengurusan taman tema itu memaklumkan kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa.
"Kata mereka (pihak pengurusan), semasa kejadian kapasiti tidak sampai 50 peratus," katanya.
Ujarnya lagi, pihak polis turut menyiasat sama ada terdapat ketidakpatuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4, oleh mana-mana pihak dalam kejadian ini.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video yang boleh menjejaskan enkuiri pihak polis.
Terdahulu, tular video yang memaparkan sekumpulan individu sedang melakukan aktiviti riadah air di sebuah taman tema, sambil berjoget.
Topic Berkaitan
#video tular
#Taman Tema
#Ipoh
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan