awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth

Bernama
Bernama
26/06/2024
02:25 MYT
Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth
Polis menembak mati dua penjenayah, kedua-duanya lelaki warga tempatan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, Butterworth, pukul 2 pagi tadi. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Polis menembak mati dua penjenayah, kedua-duanya lelaki warga tempatan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan, di sini, pukul 2 pagi tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Terdahulu difahamkan, sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) telah mengesan sebuah kereta Myvi dalam keadaan mencurigakan di persimpangan Jalan Pokok Sena menghala Jalan Permatang Baru.
Polis kemudian meminta pemandu kereta itu supaya memberhentikan kenderaannya namun suspek enggan dan terus bertindak memecut sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
Susulan itu, polis terpaksa membalas tembakan sebelum kedua-dua suspek disahkan maut di lokasi kejadian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjenayah ditembak mati
#polis tembak
#Jalan Permatang Baru
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan