awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati dua penjenayah warga asing

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/09/2021
07:31 MYT
Polis tembak mati dua penjenayah warga asing
Mohd Shuhaily berkata, sebelum kejadian, suspek menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Penanti. - Foto PDRM
SEBERANG PERAI: Dua penjenayah warga asing yang dikehendaki polis maut ditembak dalam satu kejadian tembakan di Bukit Mengkuang, Kubang Semang, Bukit Mertajam pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, sebelum kejadian, suspek menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Penanti dengan memecut laju sehingga ke kawasan berkenaan.
Setibanya di kawasan kejadian, suspek yang berada di bahagian penumpang hadapan dikatakan telah keluar dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis, manakala pemandu menyerang dengan parang.
Mohd Shuhaily berkata, susulan serangan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, namun tembakan dilepaskan suspek terkena cermin sisi kereta polis.
Menurut Mohd Shuhaily, kedua-dua suspek menjadi buruan polis menerusi Ops Api Siakap susulan kes ugutan dan melepaskan tembakan di Bukit Mertajam pada Ahad lalu.
"Pemeriksaan ke atas kereta dinaiki mereka, polis menemui dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan pecah rumah di bahagian but.
"Sepucuk pistol berisi enam butir peluru serta parang turut ditemui bersama suspek," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Dalam pada itu, hasil semakan lanjut mendapati kereta dinaiki suspek dilaporkan hilang pada 29 Ogos tahun lalu di Sungai Petani, Kedah.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#penjenayah ditembak
#Bukit Mertajam
#Ops Api Siakap
#penjenayah diburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan