TUMPAT: Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke bahagian tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak mengundurkan kenderaan untuk melanggar pasukan serbuan di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, di sini pada Khamis.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat berkaitan dadah, sepasukan pegawai dan anggota
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Unit Ronda Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tumpat telah mengekori sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Tumpat menghala ke Wakaf Bharu.
"Setiba di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, pihak polis telah cuba memberhentikan kereta itu, namun suspek enggan memberikan kerjasama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, susulan itu suspek telah bertindak mengundurkan kereta berkenaan untuk melanggar pasukan serbuan.
Beliau berkata, pasukan serbuan terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta tersebut.
Muhamad Zaki berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek dan kenderaan pihaknya telah menjumpai 943 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM9,430.
"Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methapethamine," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 279 dan 307 Kanun Keseksaan.
Tular di laman sosial sebelum ini mengenai rakaman video berdurasi 38 saat yang berkongsi perihal kejadian tembakan itu di Wakaf Bharu yang dikongsi warganet.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 05 2021
Tular di laman sosial mengenai rakaman video berdurasi 38 saat yang berkongsi perihal kejadian tembakan itu di Wakaf Bharu yang dikongsi warganet. -Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Polis tembak tayar, pemandu undur kereta mahu langgar polis
Setiba di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Bharu, pihak polis telah cuba memberhentikan kereta itu, namun suspek enggan memberikan kerjasama.