awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tempatkan 260 anggota pastikan aliran trafik lancar

Bernama
Bernama
30/01/2019
22:41 MYT
Polis tempatkan 260 anggota pastikan aliran trafik lancar
Poster dipasang sekitar bandar Kuantan sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini. --fotoBERNAMA
Seramai 260 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan bagi mengawal aliran trafik serta kawalan keselamatan sempena keberangkatan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pangkalan Udara Kuantan untuk ke ibu negara awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kenderaan yang membawa rombongan diraja itu dijangka akan berlepas dari Istana Abdulaziz ke Pangkalan Udara sejauh 20 kilometer seawal 7 pagi dan dijangka tiba setengah jam kemudian.
"Kenderaan yang membawa baginda akan mengikuti Jalan Bypass Kuantan yang menghala ke Jalan Gambang, menuju ke perkarangan Pergerakan Udara, pangkalan berkenaan.
"Bagi melancarkan pergerakan setiap lampu isyarat dan simpang, laluan berkenaan akan dikawal anggota polis selain di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk melambai keberangkatan Sultan Pahang," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Katanya, jangkaan lebih 5,000 rakyat akan berkumpul kira-kira tiga kilometer sepanjang Pangkalan Tentera Udara Kuantan.
Sebaik sahaja rombongan diraja tiba di pangkalan udara berkenaan katanya, Sultan Abdullah akan menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat, sebelum melakukan pemeriksaan barisan.
Kemudian katanya, lagu Negaraku akan dinyanyikan diikuti dengan 21 das tembakan meriam dan bacaan doa oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman sebelum baginda dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menaiki pesawat khas untuk berlepas ke ibu negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#kawalan trafik
#keselamatan
#Mohamad Noor Yusof Ali
#polis
#rakyat jelata
#Sultan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan